Jumaat, 4 Julai 2008

Cerita: CONGKAK

Congkak juga merupakan sebuah filem seram yang diarahkan oleh Ahmad Idham. Pelakon yang melakonkan cerita ini adalah, Erynne Eryanna, Ruminah Sidek, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi.

Cerita ini tentang sebuah keluarga yang baru pindah ke bungalow yang sebenarnya rumah itu berhantu. Sufiah, (isteri Kazman) tidak suka akan berpindah ke rumah itu. Di rumah itu, banyak benda yang aneh berlaku. Anaknya, Lisa selalu bermain congkak pada waktu malam dan bercakap dengan sendiri. Sufiah rasa tidak sedap hati. Dia membuang congkak itu ke dalam kolam tetapi, dia selalu terdengar bunyi orang memain congkak dan ternampak seorang nenek tua sedang bermain. Lisa kata kawannya adalah 'opah' atau nenek. Beberapa hari kemudian, Lisa hilang dan Pak Tua menolong keluarga itu untuk mencarinya.

Saya tidak berani hendak menonton cerita ini tetapi saya cuma dengar suaranya. Dari suara, saya tahu cerita ini memang menyeramkan. Cerita ini suspen. Orang kata cerita congkak ini lebih seram dari Jangan Pandang Belakang.

Tiada ulasan: