Ahad, 6 Julai 2008

Karangan: Permainan Tradisional Congkak

Terdapat pelbagai jenis permainan tradisional Melayu. Contohnya adalah, congkak, gasing,wau, batu seremban dan banyak lagi. Permainan tradisional Melayu pilihan saya adalah congkak, yang tidak asing lagi selepas cerita seram, Congkak.

Sejarah permainan ini dipercayai wujud semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ada juga yang berkata bahawa permainan congkak ini wujud sejak 200 tahun dahulu di nusantara. Ia juga dipercayai berasal dari negara Mesir. Congkak sebenarnya dari perkataan 'congak' dimana maksudnya kira.

Permainan congkak ini cuma untuk dua orang sahaja. Pemain akan duduk menghadap antara satu sama lain ketika bermain. Pemain akan mengambil buah atau guli dari mana-mana lubang miliknya. Kemudian, dia akan memasukkan sebiji buah congkak ke dalam setiap lubang yang ada termasuk memasukkan ke dalam lubang yang ada di papan congkak yang dikenali sebagai rumah congkak. Setiap pemain akan cuba untuk memasukkan buah ke dalam rumah ibu congkaknya. Maksud mati di dalam permainan ini adalah sekiranya pihak lawan telah memasukkan semua buah congkak terakhir dalam lubang terakhir yang tidak mempunyai buah jadi pemain itu akan 'mati' atau terpaksa berhenti bermain seketika. Di dalam permainan ini juga mempunyai 'menembak' atau 'bom'.

Permainan ini masih dimainkan oleh orang-orang masa kini. Tetapi, tidak ramai yang bermain dengan permainan ini. Congkak dimain semasa masa lapang. Mereka yang penat bekerja atau tidak mempunyai kerja untuk dibuat akan bermain congkak semasa zaman dahulu. Congkak juga dimainkan pada pertandingan bermain congkak.

Cara-cara untuk melestarikan permainan congkak ini adalah mempromosikan congkak kepada semua sekolah di Singapura. Kita boleh membuat pertandingan bermain congkak. Kita pun boleh memberitahu orang muda sekarang tentang keunikkan congkak.

Kita harus melestarikan permainan congkak ini kalau tidak, permainan ini akan pupus dan cucu cicit kita tidak akan tahu akan permainan congkak ini. Harapan saya adalah kita harus mengekalkan permainan ini dan saya rasa congkak ini memang menarik. Saya harap orang pada masa hadapan suka dan seronok bermain dengan permainan tradisional ini.

Tiada ulasan: