Isnin, 21 Julai 2008
Bermain congkak di kampung
Semasa ibu saya kecil, dia selalu bermain congkak di kampung. Dia bermain congkak sebagai permainan semasa masa lapang. Dia datang dari kampung di Pulau Tekong. Dia pernah beritahu saya tentang benda yang dia menggunakan untuk congkak. Dia kata dia menggali lubang di pasir di halaman rumah. Selepas itu, dia mengambil buah getah dari pokok getah dekat dengan rumahnya. Dia dan kawan-kawannya pun bermain congkak Permainan congkak dimainkan seperti biasa.
Isnin, 14 Julai 2008
Bermain congkak
Saya pernah bermain congkak. Di sekolah rendah saya dahulu, kami ada bermain congkak di kelas selepas habis membuat kerja sekolah. Saya suka melihat orang main congkak. Ibu saya ada cerita kepada saya yang semasa dia kecil dahulu, dia selalu bermain congkak.
Ahad, 6 Julai 2008
Karangan: Permainan Tradisional Congkak
Terdapat pelbagai jenis permainan tradisional Melayu. Contohnya adalah, congkak, gasing,wau, batu seremban dan banyak lagi. Permainan tradisional Melayu pilihan saya adalah congkak, yang tidak asing lagi selepas cerita seram, Congkak.
Sejarah permainan ini dipercayai wujud semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ada juga yang berkata bahawa permainan congkak ini wujud sejak 200 tahun dahulu di nusantara. Ia juga dipercayai berasal dari negara Mesir. Congkak sebenarnya dari perkataan 'congak' dimana maksudnya kira.
Permainan congkak ini cuma untuk dua orang sahaja. Pemain akan duduk menghadap antara satu sama lain ketika bermain. Pemain akan mengambil buah atau guli dari mana-mana lubang miliknya. Kemudian, dia akan memasukkan sebiji buah congkak ke dalam setiap lubang yang ada termasuk memasukkan ke dalam lubang yang ada di papan congkak yang dikenali sebagai rumah congkak. Setiap pemain akan cuba untuk memasukkan buah ke dalam rumah ibu congkaknya. Maksud mati di dalam permainan ini adalah sekiranya pihak lawan telah memasukkan semua buah congkak terakhir dalam lubang terakhir yang tidak mempunyai buah jadi pemain itu akan 'mati' atau terpaksa berhenti bermain seketika. Di dalam permainan ini juga mempunyai 'menembak' atau 'bom'.
Permainan ini masih dimainkan oleh orang-orang masa kini. Tetapi, tidak ramai yang bermain dengan permainan ini. Congkak dimain semasa masa lapang. Mereka yang penat bekerja atau tidak mempunyai kerja untuk dibuat akan bermain congkak semasa zaman dahulu. Congkak juga dimainkan pada pertandingan bermain congkak.
Cara-cara untuk melestarikan permainan congkak ini adalah mempromosikan congkak kepada semua sekolah di Singapura. Kita boleh membuat pertandingan bermain congkak. Kita pun boleh memberitahu orang muda sekarang tentang keunikkan congkak.
Kita harus melestarikan permainan congkak ini kalau tidak, permainan ini akan pupus dan cucu cicit kita tidak akan tahu akan permainan congkak ini. Harapan saya adalah kita harus mengekalkan permainan ini dan saya rasa congkak ini memang menarik. Saya harap orang pada masa hadapan suka dan seronok bermain dengan permainan tradisional ini.

Jumaat, 4 Julai 2008
Cerita: CONGKAK
Congkak juga merupakan sebuah filem seram yang diarahkan oleh Ahmad Idham. Pelakon yang melakonkan cerita ini adalah, Erynne Eryanna, Ruminah Sidek, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi.
Cerita ini tentang sebuah keluarga yang baru pindah ke bungalow yang sebenarnya rumah itu berhantu. Sufiah, (isteri Kazman) tidak suka akan berpindah ke rumah itu. Di rumah itu, banyak benda yang aneh berlaku. Anaknya, Lisa selalu bermain congkak pada waktu malam dan bercakap dengan sendiri. Sufiah rasa tidak sedap hati. Dia membuang congkak itu ke dalam kolam tetapi, dia selalu terdengar bunyi orang memain congkak dan ternampak seorang nenek tua sedang bermain. Lisa kata kawannya adalah 'opah' atau nenek. Beberapa hari kemudian, Lisa hilang dan Pak Tua menolong keluarga itu untuk mencarinya.
Saya tidak berani hendak menonton cerita ini tetapi saya cuma dengar suaranya. Dari suara, saya tahu cerita ini memang menyeramkan. Cerita ini suspen. Orang kata cerita congkak ini lebih seram dari Jangan Pandang Belakang.

Jumaat, 27 Jun 2008
Perkenalan congkak
Saya akan memperkenalkan permainan congkak kepada anda semua. Saya harap kamu dapat faham tentang congkak dan juga akan mengekalkan permainan congkak ini.
Langgan:
Catatan (Atom)